Wikipedia

Search results

Saturday, 26 December 2015

KEISTIMEWAAN AL-QUR'AN

Keistimewaan Pertama :

- Mendapat Pahala Sabda Nabi SAW


 مَااجْتَمَعَ قَوْمٌ فِيْ بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ كِتَابَ اللهِ وَ يَتَدَارَسُوْنَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّـهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ ... الحديث

Maksudnya:
Tidak ada satu kaum yang berhimpun pada sebuah rumah daripada rumah-rumah Allah dalam keadaan mereka membaca kitab Allah (Al-Quran) dan belajar memahaminya di kalangan mereka,melainkan Allah turunkan ke atas mereka ketenangan serta rahmat menutupi mereka,para malaikat melindungi mereka dan Allah menyebutkan nama-nama mereka (kepada para malaikat) yang berada di sisinya. (Hadis Riwayat Muslim)


Sabda Rasulullah SAW :  اقْرَؤُوْا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِيْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا ِلأَصْحَابِهِ
Maksudnya , Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat untuk memberi syafaat kepada orang-orang yang membacanya. 



Keistimewaan Kedua :

- Dipermudahkan untuk menghafalnya dan terpelihara daripada         penyelewengan



وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ  

Maksudnya : Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf ?   

Bukti Kemudahan : Kosa-katanya sering diulang-ulang (% 70.1) kosa kata terletak di juz 1 Al-Baqarah (% 70.2) Contoh lafadz : Al Ladziina di ulang sebanyak 3769 kali .Banyak penghafal Al Qur’an dari kalangan anak-anak, dewasa mahupun warga emas. Walaupun belum tahu maknanya, dapat dibaca dengan mudah, antara bunyi dan lafadz hurufnya yang sama . 

- Berbeza dengan kitab-kitab lain yang dihafaz oleh tokoh-tokoh       agama mereka.

Keistimewaan Ketiga :

- Merupakan kitab yang lengkap, sempurna dan tidak mempunyai     kecacatan di dalam kandungannya.

- Menjadi asas dan petunjuk dan mendatangkan rahmat kepada           orang-orang Islam.


Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl (Ayat 89)

وَنَـزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ 

Maksudnya : dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur'an menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang Islam.

-----------------------------------------------------------------------

IBNU MAS'UD BERKATA : AL-QURAN MERANGKUMI SEMUA ILMU PENGETAHUAN YANG DIPERLUKAN OLEH MANUSIA DI DALAM URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT .

-----------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment